Jom Follow Saya

Tuesday, October 23

Happy Eid Mubarok

Assalamualaikum.

10 zulhijjah 1433 adalah hari raya haji atau raya korban. Ramai yang tak tawu kisah sebenar kenapa kita dok sambut raya korban nih

Raya korban ni adalah sempena kisah nabi Ibrahim a.s yang diperintah oleh ALLAH untuk menyembelih anak beliau, nabi Ismail. Perintah ALLAH  adalah untuk menguji ketaatan nabi Ibrahin dan nabi Ismail terhadapNYA.

Dikisahkan bahawa nabi Ibrahim telah mendapat perintah dari tuhanNYA untuk menyembelih anak beliau dari mimpinya ketika tertidur di MEKAH.

Apabila diberitahu kepada nabi Ismail tentang perintah ALLAH, tanpa ragu-ragu nabi Ismail merelakan di sembelih kerana beliau ingin mentaati perintah tuhannya.

Tatkala nabi Ismail berbaring di Mina, pisau untuk menyembelih beliau menajdi tumpul walaupun berjaya membelah batu besar. Dengan izin ALLAH, nabi Ismail digantikan dengan kambing kibas ketika penyembelihan dilakukan.

Begitulah kisah betapa kuatnya dan hebatnya ketaatan para nabi kita dan nabi-nabi yang terdahulu dari Muhammad s.a.w.

Just sharing my ilmu. kalau salah tolong la betulkan saya. kita belajar sama-sama ^^


Sebelum tuh, pada 9 zulhijjah 1433 = 25hb/10/2012
Jom puasa sunat Arafah beramai-ramai. moga raya korban tahun 1433 kali ni menjadi lebih barakah.


Kepada yang dalam perjalanan balik kampung halaman, semoga selamat sampai dan perjalanan kalian dipelihara ALLAH maha kuasa.

*notakaki : aku balik hari khamis!! doakan jugak perjalanan saya yerk.*

 bai
Assalamualaikum

Thursday, October 18

happy jumaat Day

Assalamualaikum..

Sempena hari jumaat nih..Aku nk share sikit adab-adab and sunnah pada hari jumaat.



Wednesday, October 17

Assalamualaikum,

Aku nak share ilmu yang baru aku dapat nih.
kome sume, nak tanya la. pernah x kome wat orang laen terasa hati? pernah tak kome terasa hati kat orang laen?


“Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa. Tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati”
Kenapa orang kecilkan hati kita,kita pulak yang berdosa?
Then i asked my dad what's that mean.

Ayah: Jika seseorang hina kita, dia berdosa. Jika kita terasa hati dgn penghinaan dia, kita juga berdosa. Tetapi dosa kita lebih besar dari dosa dia.

Anak: Uiikk,, Tapi kenapa pulak? Kita tak buat apa-apa pun?
Ayah: Kerana orang yang menghina kita itu adalah peringatan daripada Allah.
Anak: *blur
Ayah: Kenapa kita dihina oleh orang tu? Kerana itu adalah ujian dari Allah. Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia. Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian yang Allah turunkan. Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang, tapi kecil hati dengan Allah.
Anak: Ooooooo... Ook...
Ayah: Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan-kawan kita. “Dia dah banyak buat aku macam ni, macam tu…” dan sebagainya. Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada kawan-kawan lain. “Kesian kawan kita tu.. budak tu dah banyak sakitkan hati dia…” jadi keredhaan kita terhadap ujian Allah itu akan lesap.
Anak: *termakan cili

So, the conclusion is... Jangan mudah terasa hati...
Maknanya kita tak redha dengan Allah...
Nanti Allah pun tak redha dengan kita... Na’uzubillah.
Aku pon manusia lemah and selalu wat silap. Hope ilmu yang aku share nih kita sama-sama wat iktibar.

P/s: "Sebenarnya, setiap kali orang memuji kamu... Seharusnya kamu rasa malu. Ucaplah astaghfirullah al-azim kerana orang memuji kamu disebabkan Allah S.W.T telah menutup aib dan kelemahan kamu."


sumber : Amni Bakar

Sunday, October 14

An Outing with my Bro and his friends

Assalamualaikum.

Sebelom pape...nk pesan la..jangan la kome membazir duit pada hal yg tak tentu and tak berfaedah. Utamakan la yang penting. Pastikan benda tu KEPERLUAN bukan KEMAHUAN.

Belanja aku harini ;
1-kete sewa rm30
2-repair laptop aku rm65
3-repair laptop adik rm60
4-baya makan rm10
5-minyak rm15
6-simcard adik yg baru rm10
7-ABC n cucur udang rm7.30
 So, total is rm200 #roughly la
Niat aku nak kua ni nak beli kasut sandal ladies yang selesa untok dipakai and tahan lama. Tapi nasib baek aku tak beli. Ada hikmah dalam kejadian nih.

Jadi guys....berjimat lah selagi boleh berjimat. Bukannya kedekut tp BERJIMAT. Beza taw kome.

Kedekut tuh :
Berat untuk bersedekah tapi ringan untuk bersukaria (membazir la kiranya)

Berjimat tuh :
Ringan untuk bersedekah tapi berat untuk perkara tak perlu.

Thursday, October 11

Kamu yang menilai!

Assalamualaikum
Hello boys and girls!




Jangan menilai tahap pemikiran dan gaya hidup seseorang tu bergantung pada penampilan luaran mereka.
Tapi nilai lah mereka pada tahap kehebatan IQ EQ mereka!

Assalamualaikum,bye

Saturday, October 6

Tazkirah 7minit

Katakanlah kepada wanita yang beriman "Hendaklah mereka menahan pandangannya dan kemaluannya. dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kudung kedadanya. dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka. atau putera-putera mereka atau putera-putera suami mereka atau saudara-saudara lelaki mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kaki agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada ALLAH, Hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. [surah an-nur 31]

Tuesday, October 2

LoNg TiMe No C!

Assalamualaikum!

"lama tak wat kemunculan kat blog..ape cer?"

Hahaha... ni kawan aku mesej! bila piki2. memang agak lama la aku tak update. sori guys!
Aku busy sikit. ngan kelas and tutor and study and program and ko-ku and bla bla bla!

anyway! aku nak citer ni jela. Isnin aritu aku wat date ngan dentist.
kenapa???
sebab aku terasa sakit kat gigi geraham aku.
doktor kata apa???
doktor ketuk-ketuk gigi aku and kata gusi aku bernanah.
so, doktor kasi ubat antibiotik. next week aku kena jumpa semula untuk tentukan kena cabut or treatment.

scary!!
Bila pikir kena cabut, meremang bulu roma, nak terkencing, seram sejuk, tiba-tiba nak demam.
kes nye sebab waktu kecik-kecik dah selalu sangat kena cabut gigi. time nak cabut tuh doktor tu cucuk kat gusi sekeliling gigi tu. doktor kata nak kasi kebas! tapi SAKIT LA!!!

hahaha..memory kanak-kanak. takkan boleh aku lupa.

so, moral story ni. jaga la gigi kome tu. time kecik gigi akan tumbuh lagi lepas cabut but not bila dah beso panjang ni. kalau kena cabut, gigi akan kekal rongak. kena lak pakai gigi palsu. dah kena pakai POLYDEN.
pastu boleh wat iklan gigi palsu tak pon iklan polyden. then kena cuci selalu law tak ada bacteria. BLA BLA BLA

 Adioss guys

Assalamualaikum

Cerita laen :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cute Plant Dancing Kaoani
Daisypath Anniversary tickers