Jom Follow Saya

Sunday, December 30

Dia boleh berubah??

Assalamualaikum..

ape kabo kome ??  hehe..aku dalam study week nih..dalam 3 hari aku akan start exam.. doakan aku yerk!

oke..aku nak share ilmu nih..penah denga x pasal molekul air berubah-ubah? haa.
time aku sekolah dulu ada article pasal researcher jepun buat kajian tentang molecule.. siap gamba sekali dia capture sebagai proof.

"Dr. Masaru Emoto has photograph frozen water molecules and has shown that they have different structure depending on their source and can change their molecule depending upon words being spoken or written in their presence , music being played, prayers indeed. Most of us naturally think of water as an object which does not respond, when it actually responds dramatically both positively and negatively to the energy of our thoughts and intentions."

dalam bahasa simple nye
"molekul air berubah mengikut keadaan sekeliling, perkataan atau tulisan di dalam bentuk musik atau doa. selalunya manusia fikir air tidak berubah, namun sebaliknya air berubah positif dan negatif kepada tenaga pemikiran dan perasaan dalaman"
ni video yang aku rasa kome penah tengok. jas nak share jer



video

kalau xdapat tengok video ni..some gamba



"Badan kita terdiri daripada 60% air. Bayangkan molekul air dalam badan kita apabila kita mendengar ayat suci AL-QURAN ,selawat ke atas nabi dan nama nama ALLAH."
p/s: Semoga ilmu ini bermanfaat buat semua.
Assalamualaikum. bai

source : sini dan sini
            video pulak dari youtube.com




Thursday, December 6

Quality time~

Assalamualaikum..

apa tu quality time??
hehehe.. quality time tu adalah masa yang sangat precious, moment yang korang nak ingat selalu.
awat aku wat tajuk camni? haaa..
sekarang ni mr.hunny di naiktaraf (cam bende lak) dari ahli bese kepada YDP kelab Bioinc (kelab kos bio industri) kat UPM.
buzy memanjang je dia. actually dia buzy bende laen gak. tapi nak dirangkumkan dia sangat buzy.
kebetulan pulak, aku pon di naiktaraf from ahli tak aktif to ketua exco aktiviti dan keusahawanan sekreteriat MRS (aku dah citer kat post yang lepas). aku tak la sehebat mr.hunny. tapi aku ditugaskan oleh YDP MRS untuk laksanakan program. program yang aku jd timbalan pengarah projek (tak mampu nak pikul tanggungjawab pengarah projek lagi), tarikh program ni bertindih ngan dekat 3 program yang aku join.
so, aku pon sibuk jugak.
tapi, bila aku free o mr.hunny free, kami gayut macam taknak lepas fon. tudia punya rindu kan. (kol mak ayah selalu taw)
memang sangat sweet. romantik. (no word to describe)

kami takleh nak dating selalu sebab aku USM dia UPM. jarak yang jauh memisahkan kami.
tapi jangan nak sedih-2, zaman generasi y sekarang ni sume kat ujung jari jerk.

hehehe.. mr.hunny and cik star(aku la) sama-2 dah beli Galaxy S2 wane hitam.(actually lama dah beli tp baru citer)
beli sendiri-2 tapi jenis sama saja je nak wat cam couple thing la (^^u)

ada masa and dapat wifi, aku o mr hunny exchange gamban guna whatsapp, skype, dan seumpamanya.

                                          

hahaha..sama x?? hehehe
oke..assalamualaikum,tata

Tuesday, November 27

I'm sorry

Assalamualaikum..

Sorry guys.. it's been long since I last update my post.
Lately i've been busy with lectures, assignment, group work, persatuan dan lain-2.
Maaf kawan semua. Banyak yang aku nak kongsi.

Setakat ni takdan lagi nak curi masa untuk menaip blog nih. Bertimbun-timbun citer aku nak citer. Tapi harap kawan-2 saba ye dan jaga diri masing-2.

Bye till me meet again.
p/s: aku dah nak exam nih. doakan ye kawan-2

Saturday, November 3

MRS USM Kejut

Assalamualaikum dan salam bloggers sume..

Maaf dah lama aku tak update..Baru-baru nih aku kesibukan dalam masa yang sama aku demam.
Bukan apa, aku demam sebab cuaca yang panas dan tiba-tiba hujan dengan lebat.
Sekejap kena hujan sekejap panas sangat. Jadi kawan-kawan, minum banyak-bnyak air ye.

Citer banyak je tp dah jadi basi la. Macam-macam jadi and dalam sekelip mata sepantas cahaya semuanya.
*tudiaaa bahasa aku*

Aku join jadi fasilitator untuk program MRS  5 siri. MRS is short for Mentor Rakan Siswa. Ala-ala PRS la an. But this one is more towards counselling and helping. Kalau tak silap aku, dalam bengkel MRS  baru-baru nih katanya semua ipta ada cuma nama je laen cikit. Sekarang ni ada 3 orang wakil USM pergi ke konvensyen MRS di UnisZA, Terengganu. Time aku kat matrix pon ada gak tp  dipanggil PRD,Pembimbing Rakan Dinamik. Semua matrix ada jugak tak silap aku sebab ada kem gabungan semua matrix.

haa.. alang-alang aku citer pasal nih, nak promote la page MRS USM Kejut nih. Mohon support ^^

berbahagia maen baby time meeting

maen nset masa meeting

baru selesai persiapan malam dinner

muka lega siap masak untuk super steamboat

happy berjimba..haha

cameragirl kita!

proses penghantaran barang lepas habis dinner
gmbo ni je yang di uplod kerana sebab tertentu. assalamualaikum


Tuesday, October 23

Happy Eid Mubarok

Assalamualaikum.

10 zulhijjah 1433 adalah hari raya haji atau raya korban. Ramai yang tak tawu kisah sebenar kenapa kita dok sambut raya korban nih

Raya korban ni adalah sempena kisah nabi Ibrahim a.s yang diperintah oleh ALLAH untuk menyembelih anak beliau, nabi Ismail. Perintah ALLAH  adalah untuk menguji ketaatan nabi Ibrahin dan nabi Ismail terhadapNYA.

Dikisahkan bahawa nabi Ibrahim telah mendapat perintah dari tuhanNYA untuk menyembelih anak beliau dari mimpinya ketika tertidur di MEKAH.

Apabila diberitahu kepada nabi Ismail tentang perintah ALLAH, tanpa ragu-ragu nabi Ismail merelakan di sembelih kerana beliau ingin mentaati perintah tuhannya.

Tatkala nabi Ismail berbaring di Mina, pisau untuk menyembelih beliau menajdi tumpul walaupun berjaya membelah batu besar. Dengan izin ALLAH, nabi Ismail digantikan dengan kambing kibas ketika penyembelihan dilakukan.

Begitulah kisah betapa kuatnya dan hebatnya ketaatan para nabi kita dan nabi-nabi yang terdahulu dari Muhammad s.a.w.

Just sharing my ilmu. kalau salah tolong la betulkan saya. kita belajar sama-sama ^^


Sebelum tuh, pada 9 zulhijjah 1433 = 25hb/10/2012
Jom puasa sunat Arafah beramai-ramai. moga raya korban tahun 1433 kali ni menjadi lebih barakah.


Kepada yang dalam perjalanan balik kampung halaman, semoga selamat sampai dan perjalanan kalian dipelihara ALLAH maha kuasa.

*notakaki : aku balik hari khamis!! doakan jugak perjalanan saya yerk.*

 bai
Assalamualaikum

Thursday, October 18

happy jumaat Day

Assalamualaikum..

Sempena hari jumaat nih..Aku nk share sikit adab-adab and sunnah pada hari jumaat.



Wednesday, October 17

Assalamualaikum,

Aku nak share ilmu yang baru aku dapat nih.
kome sume, nak tanya la. pernah x kome wat orang laen terasa hati? pernah tak kome terasa hati kat orang laen?


“Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa. Tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati”
Kenapa orang kecilkan hati kita,kita pulak yang berdosa?
Then i asked my dad what's that mean.

Ayah: Jika seseorang hina kita, dia berdosa. Jika kita terasa hati dgn penghinaan dia, kita juga berdosa. Tetapi dosa kita lebih besar dari dosa dia.

Anak: Uiikk,, Tapi kenapa pulak? Kita tak buat apa-apa pun?
Ayah: Kerana orang yang menghina kita itu adalah peringatan daripada Allah.
Anak: *blur
Ayah: Kenapa kita dihina oleh orang tu? Kerana itu adalah ujian dari Allah. Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia. Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian yang Allah turunkan. Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang, tapi kecil hati dengan Allah.
Anak: Ooooooo... Ook...
Ayah: Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan-kawan kita. “Dia dah banyak buat aku macam ni, macam tu…” dan sebagainya. Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada kawan-kawan lain. “Kesian kawan kita tu.. budak tu dah banyak sakitkan hati dia…” jadi keredhaan kita terhadap ujian Allah itu akan lesap.
Anak: *termakan cili

So, the conclusion is... Jangan mudah terasa hati...
Maknanya kita tak redha dengan Allah...
Nanti Allah pun tak redha dengan kita... Na’uzubillah.
Aku pon manusia lemah and selalu wat silap. Hope ilmu yang aku share nih kita sama-sama wat iktibar.

P/s: "Sebenarnya, setiap kali orang memuji kamu... Seharusnya kamu rasa malu. Ucaplah astaghfirullah al-azim kerana orang memuji kamu disebabkan Allah S.W.T telah menutup aib dan kelemahan kamu."


sumber : Amni Bakar

Sunday, October 14

An Outing with my Bro and his friends

Assalamualaikum.

Sebelom pape...nk pesan la..jangan la kome membazir duit pada hal yg tak tentu and tak berfaedah. Utamakan la yang penting. Pastikan benda tu KEPERLUAN bukan KEMAHUAN.

Belanja aku harini ;
1-kete sewa rm30
2-repair laptop aku rm65
3-repair laptop adik rm60
4-baya makan rm10
5-minyak rm15
6-simcard adik yg baru rm10
7-ABC n cucur udang rm7.30
 So, total is rm200 #roughly la
Niat aku nak kua ni nak beli kasut sandal ladies yang selesa untok dipakai and tahan lama. Tapi nasib baek aku tak beli. Ada hikmah dalam kejadian nih.

Jadi guys....berjimat lah selagi boleh berjimat. Bukannya kedekut tp BERJIMAT. Beza taw kome.

Kedekut tuh :
Berat untuk bersedekah tapi ringan untuk bersukaria (membazir la kiranya)

Berjimat tuh :
Ringan untuk bersedekah tapi berat untuk perkara tak perlu.

Thursday, October 11

Kamu yang menilai!

Assalamualaikum
Hello boys and girls!




Jangan menilai tahap pemikiran dan gaya hidup seseorang tu bergantung pada penampilan luaran mereka.
Tapi nilai lah mereka pada tahap kehebatan IQ EQ mereka!

Assalamualaikum,bye

Saturday, October 6

Tazkirah 7minit

Katakanlah kepada wanita yang beriman "Hendaklah mereka menahan pandangannya dan kemaluannya. dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kudung kedadanya. dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka. atau putera-putera mereka atau putera-putera suami mereka atau saudara-saudara lelaki mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kaki agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada ALLAH, Hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. [surah an-nur 31]

Tuesday, October 2

LoNg TiMe No C!

Assalamualaikum!

"lama tak wat kemunculan kat blog..ape cer?"

Hahaha... ni kawan aku mesej! bila piki2. memang agak lama la aku tak update. sori guys!
Aku busy sikit. ngan kelas and tutor and study and program and ko-ku and bla bla bla!

anyway! aku nak citer ni jela. Isnin aritu aku wat date ngan dentist.
kenapa???
sebab aku terasa sakit kat gigi geraham aku.
doktor kata apa???
doktor ketuk-ketuk gigi aku and kata gusi aku bernanah.
so, doktor kasi ubat antibiotik. next week aku kena jumpa semula untuk tentukan kena cabut or treatment.

scary!!
Bila pikir kena cabut, meremang bulu roma, nak terkencing, seram sejuk, tiba-tiba nak demam.
kes nye sebab waktu kecik-kecik dah selalu sangat kena cabut gigi. time nak cabut tuh doktor tu cucuk kat gusi sekeliling gigi tu. doktor kata nak kasi kebas! tapi SAKIT LA!!!

hahaha..memory kanak-kanak. takkan boleh aku lupa.

so, moral story ni. jaga la gigi kome tu. time kecik gigi akan tumbuh lagi lepas cabut but not bila dah beso panjang ni. kalau kena cabut, gigi akan kekal rongak. kena lak pakai gigi palsu. dah kena pakai POLYDEN.
pastu boleh wat iklan gigi palsu tak pon iklan polyden. then kena cuci selalu law tak ada bacteria. BLA BLA BLA

 Adioss guys

Assalamualaikum

Wednesday, September 26

rabu tanpa katakata

Assalamualaikum

Bismillah..
"Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keju pula. Sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik pula. Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang, mereka memperoleh ampunan dan rezki yang mulia(syurga)"
[surah an-nuur;ayat 26]

Friday, September 21

Letak lagu dalam blog

Assalamualaikum.

Takde sape pon mintak..tapi aku merasa kewajipan..sebab aku try-try nak letak lagu..aku punya la search kt tutorial blog laen. tapi tak berjaya gak.
Las-las, aku jumpa gak satu blog ni. FREE MUSIC CODE

aku dah try and alhamdulillah berjaya ><



1- bukak blog ni, muka dia camni hah 
kat bulatan merah tu ada senarai lagu jenis apa nak. melayu indonesia english and sebgainye
or bleh jgak cari kat  latest upload.

2-klik la kat lagu mana yang korang nak.

3-akan kua camni, klik je kat code tu and copy.

4-log in blog---design----layout---add a gadget----HTML code---paste je code yang di copy td.

5- save an and jadi la cmni, insyallah. bleh maen pause ag law xsuka o cam bising.
p/s: kalaw takde lagu yang korg nak, bleh je request kt shoutbox. gudlak and happy blogging :)

Monday, September 17

LANGKAWI weiiiii

Assalamualaikum.
Di sini sukacite aku nak umumkan...
"AKU BARU BALIK DARI LANGKAWI!!!"

hehehe..
saja nak wat kome jeles.....
jeles x??jeles x??jeles x??
*gedix sudah*

oke..aku baru je balik dari langkawi semalam.
tido 1malam jerk.
penuh ngat orang sampai sume hotel pnuh!
motel pon sama pnuh!!
cuti an. bese la ramai camni.
nak nek feri kat jeti tu pon jenuh. 

aku tido kat kangar dulu sebab ayah aku ada meetin kat situ.
pagi sabtu baru pegi langkawi.
kami sampai jeti kuala perlis pukul 9 tapi kena brator berjam-jam.
orang berator bapok punya panjang lor...
tu pon ada belambok bas yang datang ag.
haish =='
las-las dapat gak beli tiket feri.
tapi dapat pukul 1.30pm.
tunggu punya tunggu...
pukul 3pm baru bleh nek feri.
takde seat lak spanjang menunggu tuh!
ak n family bediri jerk spanjang 6jam menunggu tuh.
law ada seat pon aku kasi parent aku dduk la.
deme dah berusia an.

sampai kat langkawi tuh.
ngah musim hujan!!
ujan jerk.
nasib bek aku tido kat motel pekan kuah.
tempat shopping la pekan kuah tuh.
mak aku bolot sampai 3set pggn mgkuk tuh.
vantage lor..luminarc lor..pape ag ntah.

aku bolot coklat la..ape ag!!
sebab jalan basah and penuh lecah, tapak kasut aku pon lekang.
aku ni banyak citer lak..tengok la gambo nih..hehe

 




 

 

 


 


 

 








 

 


Wednesday, September 12

Segmen :Jom Exchange Banner Dengan Mira!

assalamualaikum..
ehem ehem ehem!
segmen ni adalah segmen pertama dia..
dia kawan aku yang baek jadi aku nk sokong gak!
ni banner dye.
klik untuk join jgak!

aku ni tak reti ngat wat banner..edit gambo je reti ckit2.
ni la hasil pertama banner aku.
hohoho




jom la join ramai!

SEGMEN : Bersama warna kegemaranku


assalamualaikum..

aku ni dah stat kelas..tp trase nk join lak contest nih.
hehehe
nk join klik je banner tuh..
wane fevrat aku? snang jerk..
HIJAU

sume jenis kaler ijau aku suka..pucuk pisang! ijau klabu! ijau gelap! ijau langsat!
suka jela..
awat suka?
sebab warne hijau ni sedap mata memandang.
trase tenang and rasa sejuk je mata tengok.
aku suka pakai pape yg kaler ijau gk.
warna dye lembut.
ada kajian mengatakan mata yang sakit o rabun boleh cepat sembuh bila setiap kali bangun and sebelum tido kita tengok bende warna ijau.
hehehe..

tambahan lak idola sepanjang zaman aku, nabi Muhammad S.A.W. , warna fevrat beliau pon hijau.
kerana warna hijau adalah warna syurga..KETENANGAN!


ada org tnya aku..
"law suka ngat kaler ijau, nape wat profile blog kaler pepel?"

aku jawab..erm..btol gak an..
nanti aku tuka imej kaler ijau lak ea~
hehehe

nk tag membe aku nih!

oh!
lupa gitawu..ada adiah tw..
1st place = pashmina
2nd place = gelang tangan
3rd place = shawl corak2

jom penuhi contest nih!

::wordless wednesday::

ASSALAMUALAIKUM


Monday, September 10

Sem BARU!

Assalamualaikum!

dah bukak sem baru dah!
Ya ALLAH! seblom ni cuti 2 bulan stengah kt..
lama tapi bosan~~

jgn kata aku takde wtpe ea
aku belaja untok wat keje umah and ngemas umah yang baru renovate tuh.
nak masuk sem baru nih, camni la keadaan aku---------

Malam sebelum gerak :
aku tak kemas apa ag.
siap bleh tengok citer korea kat chanel one hd taw..
citer bride of the sun.. hehehe
pastu baru kalut nak basuh selimut.
dandan lak mesin tak leh jalan. ngada-ngada tol
dekat pkul 12 camtu la, baru mesin stat.
kena aku pujuk dulu.
sementara tunggu tu aku kemas la sikit-sikit.
almost 70% siap malam tu.
dalam pukul 3 gak la baru aku jemo kaen.
takut gak la. tapi aku besyuko malam minggu ada rukun tetangga jaga.
dapat je tido...tros mati!


Pagi hari gerak :
abang aku lak bawak balik kawan nak beraya.
mula-mula denga kawan pompuan je dtg.
aleh-aleh datang sampai 3 kete.
tuuuddiiiiaaa~~~
aku pon sibuk menjamu menghidang.
meja makan laki n pompuan asing-asing.
dengar citer ada dalam kalangan kawan pompuan tuh bakal kakak ipar aku.
so, ayah pon semangat menjamu melayan tetamu.
alhamdulillah, law betul la ada dalam grup yang datang tuh..aku sokong trus.
sebab??
sebab yang datang tuh sume menutup aurat dengan sempurna gitu!
tudung labuh!
syukur angat law betul
bertuah badan abang aku tuh.

Time nak gerak :
nak gerak lepas mayang zuhur.
aku pon siap mandi lagi skali bagi segar lepas penat bekerja.
mayang and baru la nak masuk an beg dalam kete.
time dah gerak cikit, mak soh amek lak buah naga, buah pelam.
dah dapat buah tapi takde pisau nak belah t.
jadi ayah kata
"dalam kiraan sepuluh pegi amek!"
apa lagi..aku pon lari pecut masuk umah la.
al-maklum ye, ayah aku tu kapten askar.
camtu la dia asuh anak dia. (ala-ala askar gak la)
aku amek skali iron+heater la an.

Time sampai USM :
terus pegi daftar bilik.
terkjut aku.
aku dapat tingkat atas sekali n bilik paling hujung sekali.

paling hujung takpe la sebab memang situ bilik ketua aras (saya la*kembang kempis)
tapi dah dapat tingkat atas and parent takleh masuk tolong angkat an.
penat lah aku mengangkat 3 beg berat,1 beg iron heater,dan berpalstik-plastik makanan mak aku bungkus an.
sampai las sekali lutut aku menggeletar.
pastu pegi pindah an barang yang aku simpan kat stor dulu iaitu tingkat 2 ke tingkat atas.
memang lembik trus lutut aku.
thanks t0 kawan aku yang ngah free time uh, hajar, dye tolong aku ankat sekali.

lepas siap ngemas, camni la keadaan aku!

alhamdulillah, aku dah stat belajo arini.
baru intro sem 3 tapi aku akan set an.
sem ni, aku nak belaja kerana ALLAH.

moga aku mendapat kejayaan, insyallah.
doa an sama-sama yerk~

Cerita laen :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Cute Plant Dancing Kaoani